Monday, 1 September 2014

Panduan Membuat dan Mengguna Produk Sri Organik


Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke-57,


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Saya sayang Malaysia.

Bagaimana anda menzahirkan rasa CINTA pada negara Malaysia Tercinta?

Sesungguhnya CINTA itu perlu dizahirkan, bukan disimpan di dalam hati.

Jika kita CINTAkan Allah pun, kita perlu zahirkannya dengan menunaikan tuntutannya dan meninggalkan laranganNya.

Bukan sekadar niat.

Jika sayangkan suami, fahamilah si suami. Jika sayangkan isteri, belailah. 
Jika sayangkan anak, ....

Ini dah faham, pakar motivasi keluargalah pula ye, hehe

Panduan Buat Baja Organik


Berbalik pada tajuk sebenar entri kali ini, saya sebenarnya nak kongsikan satu buku untuk peminat-peminat gardening.

Buku ini sesuai untuk mereka yang mempunyai hobi menanam pokok terutamanya
sayur-sayuran, herba dan buah-buahan. Peminat pokok bunga pun boleh juga, nanti merajuk pula..hee

Buku Panduan Membuat dan Menggunakan Produk Sri Organik ini akan memberi pendedahan tentang membuat baja organik menggunakan bahan-bahan yang mudah didapari di pasar mahupun di dapur kita. Baja-baja organik yang dihasilkan amat sesuai sekali bagi mereka yang inginkan menggunakan baja tanpa bahan kimia. Buku ini adalah untuk anda.

Pesawah-pesawah juga boleh menjadikan buku ini sebagai panduan untuk membaja sawah padi juga. Selain itu, turut diajarkan cara membuat racun organik bagi mengahalau serangga perosak dan haiwan perosak seperti tikus yang suka curi benih padi. Ia semestinya selamat untuk manusia dan haiwan. 

Semestinya ilmu yang diajarkan ini amat mudah, selamat, menjimat duit untuk beli baja dan racun dan memberi kesihatan yang baik pada kita kerana racun dan baja yang bebas bahan kimia.

Kaedah-kaedah baja dan racun organik yang diajarkan dalam buku ini diamalkan oleh pesawah dan pekebun sayur di Selangor. 

Bagaimana nak dapatkan buku ini?

Anda boleh terus ke Jabatan Pertanian Negeri masing-masing atau hubungi penulis buku ini iaitu Salehuddin Yahya dan Noorazimah Taharim di FB mereka seperti berikut

Panduan Membuat dan Mengguna Produk Sri Organik


Pengarang:
Salehuddin Yahya (Pak Tam)
Noorazimah Taharim (Mak Tam)

Harga: RM10.00 

ISBN : 978-967-11341

Terbitan:
Menteri Besar sekangor (Pemerbadanan)

Happy Gardening!

:)



0 comments:

Post a Comment

 

Teman Book Store Published @ 2014 by Ipietoon