Al-Quran Al-Karim ini didatangkan dalam 7 warna istimewa. Lain orang lain citarasanya. Jadi kaum hawa, anda ada banyak pilihan warna mengikut kegemaran anda.
Al-Quran Khas untuk Muslimah
Al-Quran ini memang direka sebegitu rupa untuk kaum muslimah. Kandungannya pula disajikan dengan bentuk pelbagai tema
ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema
IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.
Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.
Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.
Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.
Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.
Dapatkan al-Quran menarik ini sekarang. Juga sesuai dijadikan hantaran kahwin.
Memiliki al-Quran secantik ini InsyaAllah akan menggalakkan hati kita untuk membaca al-Quran sepanjang masa.

0 comments:
Post a Comment