Saya rasa buku 1 Hari 1 Resepi yang ditulis Chef Hanieliza adalah yang terbaik dalam koleksi buku masakan saya. 1 Hari 1 Resepi adalah buku masakan yang banyak mengetengahkan masakan Melayu. Bukan itu sahaja, bagi yang dah bosan dengan masakan Melayu boleh bertukar selera dengan masakan Western dan Thailand.
Walaupun banyak resepi masakan yang boleh kita dapati dari hasil carian di internet saya takkan melepaskan untuk memiliki satu buku ini kerana internet bukan selalu ada, ye tak? Walaupun ilmu hanya di hujung jari, memiliki koleksi buku masih lagi praktikal.
Chef Hanieliza pun ada kongsikan resepi-resepinya di blog beliau, hanieliza.blogspot.com tetapi buku beliau masih LAKU KERAS di kedai-kedai buku.
Idea Memasak
Saya sukakan buku masakan Chef Hanieliza kerana resepinya yang mudah dan ringkas. Bila saya tiada idea nak masak, saya akan belek buku ini.
Saya sarankan semua yang suka memasak dapatkan buku ini di pasaran. Dah entah berapa kali buku 1 Hari 1 Resepi dicetak. Tahniah Chef Hanieliza.
Bila tak ada idea nak memasak, buku 1 Hari 1 Resepi jadi penyelamat saya. Selain masakan Melayu dan Western, hidangan kuih muih dan pencuci mulut pun ada. Kira buku ni lengkaplah. Rugi jika tidak memilikinya.
Cepat sebelum buku kehabisan stok dan dihentikan penerbitan.

0 comments:
Post a Comment