Wednesday, 3 September 2014

Buku Kanser Payudara


Kanser payudara adalah pembunuh utama kaun wanita selain kanser servik. Statistik pada tahun 2002 dan 2003, sebanyak 31 peratus wanita diserang kanser payudara berbanding penyakit-penyakit lain.

Kanser payudara adalah kanser yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Mendengarkan perkataan 'kanser' itu sendiri cukup mengerikan dan merunsingkan hati apatah lagi jika diri sendiri yang mengalaminya. Nauzubillah.

Kanser payudara menyerang tanpa mengira bangsa, agama, umur, miskin, kaya, berjawatan tinggi atau sebagainya. 

Buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat 


Buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat ini ditulis oleh seorang permandiri pesakit kanser payudara, Dr. Hasanah Che Ismail. Beliau berkongsi pengalaman kisah hidup beliau berjuang melawan kanser. 


Saya masih belum menghabiskan buku ini, tetapi apa yang dapt saya kongsikan beliau berjaya melepasi anggaran waktu hidup oleh doktor yang merawat beliau. Bagaimana agaknya?



Penulis buku ini, Hasanah Che Ismail juga adalah seorang doktor di HUSM. Setiap wanita harus memiliki buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat sebagai peneman bermaklumat untuk diri sendiri dan generasi akan datang. Buku kanser ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat tidak kira wanita mahupun lelaki.


Buku kanser ini cukup dengan maklumat dan pengalaman pesakit iaitu penulis itu sendiri dalam merawat diri sendiri ke arah kesihatan yang menyeluruh. 

bagaimana beliau berjaya mengharungi perjuangan menentang kanser payudara sehingga boleh hidup lebih lama dari waktu anggaran doktor terjawab dalam buku Kanser Payudara ini. Dapatkannya sekarang!

Buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Anda boleh membelinya dengan penulis ini sendiri di blog beliau iaitu blog selfprescription atau FB Dr. Hasanah.

0 comments:

Post a Comment

 

Teman Book Store Published @ 2014 by Ipietoon