Bagi mereka yang tercari-cari buku jahitan yang terbaik. Di sini saya kongsikan buku jahitan pakaian yang agak sesuai untuk 'beginner' atau mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia jahitan.
Kandungan buku ini senang difahami dan InsyaAllah boleh diikuti dengan mudah. Jika ada buku masakan gerenti sedap, InsyaAllah buku Panduan Asas Menjahit Pakaian Wanita dan Kanak-kanak ini gerenti jadi. Sebelum mengikuti apa-apa panduan jahitan, asas menjahit mestilah kena ada dulu supaya anda faham 'term' jahitan yang digunakan.
Sama juga dengan buku masakan, anda mesti tahu asas masakan supaya masakan anda gerenti sedap dan menjadi.
Saya kongsikan kandungan buku Panduan Asas Menjahit Pakaian Wanita dan Kanak-kanak.
Panduan Asas Menjahit Pakaian Wanita dan Kanak-kanak ini ditulis oleh Rusnah Hj Yusof. Beliau adalah pereka fesyen berpengalaman dalam bidang jahitan dan mendapat pendidikan awal juga dalam bidang pakaian sejak tahun 1980. Banyak pengalaman beliau dan beliau kumpul dan kongsikan pengalaman dalam bidang jahitan beliau dalam buku ini. Alhamdulillah.
Buku ini diterbitkan oleh al-Kafilah Enterprise. Anda boleh mendapatkan buku ini dengan menghubungi pihak al-Kafilah Enterprise seperti berikut:
Al-Kafilah Enterprise
Tel: 09-7446275
atau
Wakil Pengedar
RNR Fesyen, Alor Star
Semoga pengkongsian ini memberi menfaat kepada anda.
Update: Saya dimaklumkan, pihak penerbitan sudah kehabisan stok buku ini dan tidak diterbitkan lagi.





0 comments:
Post a Comment