Saturday 31 December 2016

5 Rahsia Taobao Bantu Borong Barang China Dengan Lebih Murah

Adakah anda sedar ramai peniaga yang membuat keuntungan berlipat kali ganda dengan borong barang China dengan lebih murah dan menjual kembali dengan keuntungan yang lumayan? Semua orang pun tahu China adalah pakar meniru dan boleh dikatakan apa yang ditiru hampir sama dengan barang original tapi mungkin dengan material yang berbeza. China memang ‘champion’ meniru. Maka tidak hairan juga banyak syarikat yang membuat produk mereka di China kerana banyak kos yang boleh dikurangkan. Pinggan mangkuk Corelle yang popular ada sebahagiannya buat di China. Kadang-kadang ada juga isu apabila pelanggan ada yang curiga adakah betul produk berjenama antarabangsa apabila ditulis negara pembuatnya Made in China. Saya sendiri kadang-kadang curiga apabila membeli barangan berjenama dari US tetapi bila diteliti negara pembuatnya adalah China.

Selain China, ada banyak lagi lubuk barang panas seperti sempadan Thailand, Indonesia mahupun negara kita sendiri, Malaysia. Tetapi ramai peniaga ambil barangan panas dari negara China bagi memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian. Ini kerana barangan dari China jauh lebih murah.

Adakah Barang China Tidak Berkualiti?

Bila berbicara soal kualiti, adakah barang China tidak berkualiti? Sebenarnya susah sikit nak cakap soal kualiti atau tidak berkualiti.

Pendapat saya barang berkualiti mahupun tidak kadang-kadang bergantung juga kepada cara penggunaan kita  dan juga material. Kadang-kadang saya juga membeli barangan original dan barangan original kadang-kadangnya tidak semestinya boleh tahan lama apatah lagi jika kita boleh tahan lasak.

Nasib badan.



Saya yakin ramai yang nakkan barang yang murah tapi berkualiti dan barang dari China tak semestinya walaupun murah tidak berkualiti. Saya sukakan yang murah. Kalau setakat beg saya beli yang murah, tak sanggup pula nak labur duit sampai ribu-ribu hanya untuk sebuah beg original. Ada barang cukuplah sekadar ada dan boleh guna dan ada barangan yang perlu beli yang berkualiti. Well, tak adalah lagi orang beli kereta BMW dengan MyVi.

Di Mana Lubuk Barang Murah China

Tahu tak lubuk barang murah dari China yang boleh anda membeli secara online tanpa perlu ke China? Salah satu tempat atau website untuk anda membeli barngan murah dari China secara online adalah melalui website Taobao. Sekarang anda sudah tahu website untuk membeli barangan murah dari China tetapi jangan ghairah dulu nak membeli.

Tanpa bimbingan yang betul anda boleh rugi kerana anda tidak tahu perkara-perkara yang tersembunyi yang terdapat pada website Taobao. Sebeum membeli anda perlu membuat kajian terlebih dahulu supaya anda tidak tertipu.

Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku
Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!
Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com
Rahsia 4 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
Rahsia 5 : Proses Jualan & Teknik Meng”Ayat”

Adakah anda mahu tahu 5 rahsia Taobao yang ramai lagi yang tidak tahu?

5 rahsia Taobao ini adalah senjata kepada anda yang ingin membeli barangan China yang murah dan juga peluang buat anda sebagai pemain dropship yang ingin membuat untung geli-geli sambil main facebook atas katil digalakkan memecahkan rahsia Taobao ini.

Anda boleh boleh buat duit dengan menjual barangan yang dapat dibeli dengan harga yang murah tanpa perlu beli tiket kapal terbang ke China.

Ada antara anda yang mungkin bimbang adakah website ini boleh dipercayai? Setakat ini ramai yang dah bawa masuk barang murah dan menjual dengan harga tinggi di Malaysia. Jangan risau kerana pemilik website Taobao adalah pemilik yang sama dengan Alibaba.com.


Sekiranya ada yang baru nak bermula nak berniaga atau sudah pun berniaga ingin mengetahui lanjut tentang 5 Rahsia Taobao yang ramai tak tahu anda boleh dapatkan panduan itu sekarang dengan klik Saya Nak Tahu 5 Rahsia Taobao.


 

Teman Book Store Published @ 2014 by Ipietoon