Monday 4 January 2016

Semakan Peperiksaan Online PTD Gred M41 2016

Anda tercari-cari Contoh Soalan Peperiksaan PTD Gred M41? Adakah anda dijemput Peperiksaan Online PTD 2016? Tahniah saya ucapkan. Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan nombor dua terbanyak yang dipohon dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sudah tentunya anda akan bersaing dengan ramai pesaing. Tapi itu bukan itu yang perlu kita tekankan kerana adakah anda bersedia menghadapi Peperiksaan Online PTD 2016 nanti.

Saya di sini ingin membantu anda untuk lulus Peperiksaan Online PTD 2016. Ramai yang memohon jawatan PTD, ada yang berjaya dipanggil untuk peperiksaan online namun tak ramai yang berjaya lulus peperiksaan PTD. Ada juga calon mengulang peperiksaan PTD saban tahun. Rugikan masa jika anda tidak betul-betul bersedia.



Saya yakin ramai calon Peperiksaan Online PTD 2016 yang sedang mencari maklumat sepertimana peperiksaan online kastam yang lalu. Anda berada di laman blog yang tepat kerana di sini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai maklumat mengenai Peperiksaan Online PTD 2016. Kemungkinan besar calon Peperiksaan Online PTD 2016 lebih ramai erbanding tahun 2014. Apa yang penting anda perlu ambil peluang keemasan ini dengan membuat persiapan legkap dan mengikuti tips-tips kerjaya dan peperiksaan terkini yang saya akan kongsikan melalui blog ini.

Semakan Peperiksaan Online PTD M41 2016

Rata-rata calon yang berjaya dijemput ke Peperiksaan Online PTD 2016 sudah menerima jemputan melalui SMS dan email pada hujung Disember 2015 yang lalu. Jika anda ada memohon tetapi tidak mendapat jemputan peperiksaan anda boleh membuat Semakan Peperiksaan Online PTD M41 dengan mengisikan No. Kad Pengenalan anda (Contoh: 731211105455 atau A2345567) di laman web SPA.

Jika anda mendapat paparan seperti di bawah bermakna anda adalah calon Peperiksaan Online PTD M41 2016. Tahniah!


Esok saya akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan PTD Gred M41. Untuk pengetahuan anda, format peperiksaan online PTD M41 telah diperbaharui. Nantikan pengkongsian contoh gambaran soalan Peperiksaan Online PTD M41 2016 format baru untuk anda membuat persediaan nanti.



 

Teman Book Store Published @ 2014 by Ipietoon