Thursday 25 December 2014

Siri Buat Duit: Affiliate

Assalamualaikum

Bulan Disember 2014 bakal melabuhkan tirai. Apakah pencapaian yang telah kita capai sepanjang 2014. Masih adakah yang tertangguh?

Negara Malaysia tercinta juga diuji dengan bencana alam yang melanda 7 buah negeri. Negeri Kelantan adalah antara ngeri yang paling banyak menerima ujian ini. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa-mangsa banjir terus tabah dan selamat. Doa adaah senjata orang mukmin.

Buat Duit Online dengan Affiliate


Bagi mereka yang masih baru dalam dunia blogging tentu hairan bagaimana ada sesetengah blogger mendapatkan pendapatan menerusi blog. Dulu saya pun hairan. Macam mana nak jana duit dari blog.

Sebenarnya banyak kaedah menjana duit dari blog. Antaranya adalah menerusi program affiliate.

Program affiliate adalah satu perniagaan tanpa modal. Kita hanya perlu mempromosikan produk tersebut. Sekiranya ada yang membeli melalui satu pautan khas, kita akan menerima komisen. 

Sekiranya anda seorang newbie dalam dunia blogging dan ingin tahu lanjut mengenai buat duit dengan affiliate, anda boleh dapatkan ebook Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu dan Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)

Selamat menjana duit dari blog.


Ebook Asas Fotografi

Masa zaman sekolah, terliur sangat nak pegang kamera DLSR. Dulu mana mampu nak beli. Kononnya dulu-dulu, cita-cita terdetik jugalah nak kerja as a photographer.

Haih!

Sampai dewasa pun belum mampu beli, sampailah kahwin. Dah kahwin baru merasa pegang DLSR. Dapat pegang DLSR pun tak guna juga kalau tak tahu asas fotografi.

Tak kisah kita beli untuk suka-suka shoot atau ada plan making money dari DLSR, kita perlu tahu asas fotografi. Beli mahal-mahal, takkanlah nak shoot gambar yang biasa-biasa. Mesi ada seni fotografi,

Untuk itu, joinlah mana-mana workshop photography dan baca buku-buku yang ditulis orang lama dalam fotografi.

Kalau ada yang belum dapatkan lagi ebook asas fotografi. Boleh dapatka ebook tersebut dengan klik di sini.

Semoga gambar anda lepas ini bukan yang biasa-biasa lagi.

Tuesday 23 December 2014

Rahsia Dapatkan Perolehan Kerajaan

Ramai usahawan yang mengeluh terpaksa bersaing dengan syarikat kukuh dan usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan terutamanya yang melibatkan projek kerajaan.

Ramai juga yang bercita-cita nak dapatkan perolehan kerajaan, tapi malangnya ianya bukan semudah yang disangka. Usahawan yang tekah lama dalam bidang ini, sudah tentulah sudah tahu selok belok perniagaan dan cara medapatkan perolehan kerajaan dengan senang.

Tai bagaimana pula dengan usahawan yang baru setahun jagung nak dapatkan dan bersaing dengan usahawan lain?

Rahsianya kenalah dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Kata Doktor Azizan Osman, ilmu adalah satu pelaburan.

Ebook ini dihasilkan untuk usahawan yang ingin bersaing dengan usahawan 'otai' dalam mendapatkan perolehan kerajaan. Ilmu yang akan dipelajari dalam ebook  Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan adalah jalan pintas untuk dapatkan perolehan kerajaan.

Dengan ilmu yang disampaikan, insyaallah anda akan cepat mahir. Tak perlulah anda sentiasa 'jatuh longkang'. Memang bagus belajar dari pengalaman, tapi apa salahnya belajar pengalaman dari orang lain. Anda mesti cepat ke depan untuk mengejar usahawan-usahawan 'otai'.

Semoga and mendapat manfaat dari ebook  Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini.

Beli ebook  Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan segera dengan klik di sini, Elakkan permohonan anda dapatkan perolehan kerajaan, tender dan sebut harga anda gagal.



Monday 13 October 2014

Buku English Itu Mudah

Belajar Grammar dalam Bahasa Malaysia

Ramai di kalangan kita masih lagi tidak fasih grammar. Ada juga yang pandai english speaking tapi grammar ke laut.

Ada juga boleh menulis english dengan baik tapi public speaking ke laut. Boleh dikatakan macam-macamlah.

Ada juga yang tak confident nak bercakap. Tersekat-sekat je bila nak speaking english.

Bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu sesetengah orang yang mengalami masalah dalam bahasa Inggeris, sekumpulan guru-guru dari UPSI telah menghasilkan satu buku iaitu Buku English Itu Mudah.

Menariknya tentang buku ini adalah buku English ini ditulis dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman.

Siapa yang Patut Beli Buku English Itu Mudah?

Sesiapa sahaja patut membeli Buku English Itu Mudah terutamanya
  1. Mereka yang nak kuasai Grammar
  2. Mereka yangs selalu GAGAL dalam subjek English

Sunday 28 September 2014

Beli Buku Online sambil Buat Duit Online

Assalamualaikum

Semua orang ada cita-cita, impian besar mahupun impian kecil. Saya juga pasti ramai yang bercita-cita nak hidup senang-lenang, jadi orang kaya.

Bagaimana ingin menjadi Orang Kaya?


Rata-rata buku, seminar yang saya baca dan pergi kekayaan kita hanya dapat peroleh melalui perniagaan.


9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan...
(Hadis riwayat Tirmizi)

Ya, saya yakin anda juga bersetuju. Perniagaan ini sentiasa berkembang dan mengikut perubahan semasa. Seoarang peniaga harus sentiasa ke hadapan dalam apa jua dia buat sama ada darui segi produk mahupun stategi pemasaran.

Orang yang makan gaji pula, kenaikan gajinya sangat sedikit. Kadang-kadang tu tak berbaloi dengan kerja yang dibuat. Tapi janganlah mengeluh pula ya? Allah akan balas 'gaji' di akhirat nanti. Bukankah kerja itu satu ibadah.

Pendapatan aktif vs pendapatan Pasif?


Apa itu pendapatan aktif? Jika sekarang anda sedang kerja kerajaan, itulah pendapatan aktif. Pendapatan yang tidak berkembang.

Pendapatan pasif pula bagaimana?

Pendapatan pasif anda buat kerja sedikit tapi income berganda-ganda. Pergi melancong pun income masih masyukk lagi. Tapi pendapatan pasif bukan seindah apa yang kita dengar. Pendapatan pasif perlu ada cara yang betul dan stategi yang betul juga. Contog pendapatan pasif adalam menyertai Multilevel marketing, menjadi ejen insurans, saham dan lain-lain lagi. Sesuatu periagaan pun boleh menjadi pendapatan pasif untuk kita, apabila syarikat kita sudah stabil dan pekerja bekerja untuk kita. 

Multilevel marketing patuh syariah


Billionair Donald Trumph menggalakkan kita menyertai MLM kerana itulah satu-satunya pendapatan pasif yang boleh memungkinkan kita menjadi cepat kaya. Terdapat banyak MLM di Malaysia, tapi berhati dengan MLM yang tidak patuh undang-uang dan sebagai orang Islam kita kena lihat juga sama ada MLM yang kita sertai mematuhi syariah.

Salah satu MLM yang patuh syariah di Malaysia adalah MLM yang menjual buku. Saya yakin ramai peminat buku dan mereka yang suka baca buku. Apa kata, sambil anda menambal ilmu, anda juga menambah pendapatan diri sendiri dan keluarga melalui MLM STORMREADERS.

Klik sini untuk tengok estore yang disediakan oleh pihak STORMREADERS untuk ahli yang berminat membuat jualan buku. Jika anda nak beli buku atau kawan-kawan anda yang nak beli buku, hanya perlu pergi ke alamat kedai anda sahaja. Senangkan? Tak payah nak simpan stok, macam dropship pula kan?

Untuk yang berminat nak join menjadi komuniti STORMREADERS, hubungi saya di sini.






Tuesday 9 September 2014

Siri Buat Duit: Buat Duit dengan Menulis

Assalamualaikum,



Saya pernah mendengar orang berkata, 

jika anda tidak mempunyai pendapatan kedua, ekonomi anda berada dalam bahaya.
Saya setuju dengan kenyataan ini.

Pendapatan Aktif vs Pendatapan Pasif


Pendapatan kedua boleh berupa pendapatan aktif atau pendapatan pasif. 

Entri kali ini, saya nak tekankan mengenai pendapatan pasif. Ada banyak pendapatan pasif yang boleh kita buat antaranya:
  • Bisnes MLM (pastikan patuh syariah bagi yang beragama Islam)
  • Pelaburan unit trust
  • Ejen insurans dan takaful
  • Penulis buku
Dari mana mereka dapat menjana duit? Bidang pekerjaan yang disebutkan di atas mendapat pendapatan pasif dari royalti, komisen dan jual beli saham.

Pendapatan aktif juga boleh menjadi pendapatan pasif apabila mencapai suatu tahap yang tinggi iatu apabila sudah ada orang yang bekerja untuk anda dan money make money.

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang bidang penulisan sebagai pendapatan pasif. 

Dunia penulisan tidak boleh dipandang remeh. Kenapa? Sudah berapa ramai penulis di Malaysia yang goyang kaki tetapi duit masih masuk poket. Sudah berapa ramai blogger yang buat duit melalui blog mereka?

Sebagai contoh, melalui penulisan novel. Ingat tak novel Ombak Rindu? Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari mendapat royalti dari setiap jualan buku. Alhamdulillah, buku beliau menjadi bestseller dan kemudiannya cerita Ombak Rindu diangkat dari novel ke filem tempatan. Berapa pula royalti yang beliau dapat dari filem tersebut?

Inilah yang dikatakan pendapatan pasif dari royalti penjualan buku. Buat kerja sekali tetapi income berkali-kali.

Adakah anda juga ingin menjana pendapatan pasif dari penulisan?

Bidang penulisan amat luas. Selain royalti dari penulisan buku dan novel, anda boleh juga menjana pendapatan melalui penulisan blog, menjadi Ghost Writer, penulisan iklan dan artikel dan sebagainya.

Siapa Aqif Azizan?


Aqif Azizan adalah contoh nak muda yang berjaya membuat duit melalui penulisan di blog. Beliau juga merupakan copywriter tersohor di Malaysia. Beliau sudah menjana pendapatan sebanyak RM X, XXXX secara konsisten setiap bulan melalui blog. Beliau juga telah banyak membantu ahli perniagaan dengan mengambil upah menulis artikel iklan berbayar untuk produk perniagaan dan menulis kertas kerja perniagaan. Best kan?

Beliau juga telah menghasilkan beberapa ebook dan sekarang beliau melangkah maju lagi dengan menghasilkan 3 buah buku.

2 buah buku bersama mentor KEKAYAAN dan KEJAYAAN, Dr. Azizan Osman dan satu buku terbitan syarikat beliau sendiri iaitu, True Wealth Sdn. Bhd.

Kejayaan pada usia yang muda ini, menjadi tanda tanya semua orang,

Bagaimana beliau melakukannya?

Apakah rahsia Aqif Azizan yang mampu menulis begitu banyak bahan dalam jangka waktu yang singkat?

Bagaimana beliau menjana pendapatan dengan konsisten setiap bulan dengan hanya menjadi penulis bebas?

Anda mesti tertanya-tanya dan mungkin juga CEMBURU dngan pencapaian beliau yang masih muda.

Beliau menjawab persoalan ini dan bersedia berkongsi RAHSIA PENULISAN dan bagaimana beliau menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan dalam ebook beliau iaitu:

Rahsia Mudah RM1000 Sebulan dengan Menulis



Jika anda ingin menjadi seperti beliau, anda MESTI dapatkan ebook Rahsia Mudah RM1000 Sebulan dengan Menulis kerana beliau akan bongkarkan


  • sebab beliau 'gila' menulis
  • penghalang serta kesilapan yang perlu dielakkan jika ingin menjadi penulis berjaya
  • 3 fasa penulisan
  • Syarat bina blog
  • Bagaimana promosi khidmat penulisan kita
  • Teknik menjadi pakar
dan macam-macam lagi di dalam ebook ini.

Monday 8 September 2014

Siri Buat Duit : Bisnes Burger

Assalamualaikum



Apa burger kegemaran anda?

McD ? A&W? atau burger tepi jalan.

Sekarang McD diboikot, jadi apa pilihan yang anda ada?

McD boikot atau tidak, saya bukan peminat burger McD. Saya lebih sukakan burger yang dijual di tepi jalan, di kaki lima. Rasa burger lebih sedap dari burger restoran fast food.

Di kawasan rumah saya ni, ada banyak gerai burger tepi jalan yang beroperasi di malam hari. Semua saya dah cuba, hanya 1-2 kedai je yang rasanya sedap. Itupun masih belum cukup sedap. Susah sangat ke nak buat burger kasi rasa ummppphhh sikit. 

Bagi adik-adik yang tengah cari duit poket, bisnes burger adalah bisnes yang menguntungkan. Sepanjang pemerhatian saya membeli burger, pelanggan yang datang membeli burger silih berganti. Apatah lagi jika dibuka di kawasan taman perumahan. Kejap-kejap ada je budak-budak datang membeli. Buka satu, bukan dua tapi lebih dari dua. Haa, kira sendiri la berapa yang masyukkk tu.

Bagi anda yang nak menceburi bidang perniagaan burger tapi tak ada ilmu. Di sini ada penyelesaiannya. 

Bak kata Dr. Azizan Osman, nak berniaga perlu ada ILMU, MENTOR dan SISTEM.

Perniagaan bukan untuk cuba-cuba, tapi satu komitmen untuk anda pergi jauh. 

Untuk memulakan perniagaan bisnes burger sila berguru dengan Afiq Dato' Rusly dulu.

Siapa Afiq Dato' Rusly?

Saya pun sebenarnya tak kenal. Tapi saya kenal ayah beliau iaitu Dato' Rusly atau lebih glamor, Chef Li, yang merupakan penulis buku bestseller 'Jutawan Senyap'. 


Buku Bestseller Jutawan Senyap


Afiq Dato' Rusly dah melatih hampir 15,000 usahawan makanan dalam Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li yang diasaskan sendiri oleh bapa beliau, Chef Li.

Walaupun Bisnes Burger nampak macam masyukkk je, tapi jangan ambil mudah.

Afiq Dato' Rusly bersedia membimbing anda memulakan bisnes burger bagi mereka yang 
  • nak memulakan LANGKAH PERTAMA dalam bisnes burger
  • tercari-cari sifu atau mentor dalam bisnes burger. Heyy... tak semua orang nak kongsi rahsia bisnes burger tau!
  • ada minat tetapi tiada ilmu memulakan bisnes burger
  • kebuntuan berapa modal diperlukan untuk memulakan bisnes burger atau masih tercari-cari teknik untuk kurangkan kos
  • apa persediaan bagi memulakan bisnes burger. Nak beli alatan yang macam mana? Nak urus bisnes macam mana?
  • Bagaimana nak pilih lokasi yang 'HOT' supaya duit masyukk macam air. Prospek ramai dan kurang promosi.
  • Takkan anda selama-lama nak jadi kuli kat gerai burger sendiri. Cari pekerja. Tapi bagaimana nak uruskan pekerja. Boleh buat, boleh dipercayai? 
  • Bisnes burger sebagai pendapatan pasif? Takkan sampai tua anda nak berniaga tepi jalan. Maju lagi. Buka cawangan. Anda tidur, tapi duit masuk! Bagaimana?
Persoalan-persoalan ini ada jawapannya.

Jawapannya ada pada 

Ebook Bisner Burger
Panduan Jana 5 Angka Sebualan dengan Bisnes Burger


Di dalam ebook Bisnes Burger ini, Afiq Dato' Rusly akan menjawab semua persoalan-persoalan anda.

InsyaAllah dengan memiliki ebook Bisnes Burger ini, anda akan didedahkan mengenai pengurusan bisnes burger, strategi perniagaan, bagaimana memilih lokasi yang berpotensi, aspek kebersihan gerai, tips PANAS untuk menarik pelanggan ke gerai anda, teknik RAHSIA tambah profit margin, teknik PEMASARAN dan macam-macam lagi.

Tak kira sama ada anda baru nak memulakan bisnes burger atau dah lama dalam bidang bisnes burger tapi masih tak maju-maju lagi. Dapatkan ebook Bisnes Burger dan lihatlah perubahan pada bisnes anda setelah mempraktikkan tips-tips hebat ini. 

Tingkatkan pendapatan bisnes burger melonjak berlipat kali ganda sekarang!



Sunday 7 September 2014

Set Cd Baby Qhaleefah

Assalamualaikum,

Khas bagi ibu bapa yang sedang mencari set pembelajaran dan pendidikan anak-anak, saya kongsikan satu Set CD Baby Qhaleefah.


Karakter Kartun Kuit Miut mudahkan Pembelajaran Anak-anak


Set CD ini sesuai untuk pendidikan anak-anak berumur 2 hingga 4 tahun. Set CD ini sangat menarik kerana mempunyai karakter kartun yang interaktif dan kiut miut yang mana akan menjadikan sesi pembelajaran anak-anak menarik dan tidak bosan.

Anak-anak kecil ni lebih tertarik dengan karakter yang kiut-miut. So, sesuai sangatlah Set CD Baby Khalifah Learning Series ini.

Pastinya sesi pembelajaran anak-anak lebih menarik dan lebih adventure untuk anak-anak Baby Khalifah!

Set CD Baby Khalifah Learning Series mengandungi 6 siri menarik:


Baby Khalifah Learning Series (6 sets of books & CD-roms)



Set ini mengandungi 6 siri iaitu:



1. My First Arabic
2. My First Kalimah
3. My First Iqra'
4. My First Adab
5. My First Solat
6. My Family
Bukan itu sahaja, Set Baby Khalifah ini juga mengandungi flashcards untuk Wudu', bookmark, pensil warna, sticker kereta yang dimuatkan dalam kotak yang menarik. 

Sangat sesuai untuk Home School.


Saturday 6 September 2014

Al-Quran Muslimah

Saya sangat sukakan cover al-Quran ini. Dah macam purse besar gitu.



Al-Quran Al-Karim ini didatangkan dalam 7 warna istimewa. Lain orang lain citarasanya. Jadi kaum hawa, anda ada banyak pilihan warna mengikut kegemaran anda.


Al-Quran Khas untuk Muslimah


Al-Quran ini memang direka sebegitu rupa untuk kaum muslimah. Kandungannya pula disajikan dengan  bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK. 

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan. 

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita. 


Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan. 


Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA. 



Dapatkan al-Quran menarik ini sekarang. Juga sesuai dijadikan hantaran kahwin.

Memiliki al-Quran secantik ini InsyaAllah akan menggalakkan hati kita untuk membaca al-Quran sepanjang masa.


Friday 5 September 2014

Quran Qordoba

Di pasaran, pelbagai jenis al-Quran yang boleh kita jumpa. Kepelbagaian itu kita boleh lihat dari segi saiz, hard cover, jenis kertas, kualiti printing, tulisan besar atau kecil dan sebagainya.

Al-Quran Qordoba Rujukan Terlengkap 33 in 1

Al-Quran Cordoba ini sangat istimewa kerana ia bukan senaskhah al-Quran untuk dibaca sahaja tetapi dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa yang lain yang tiada pada al-Quran biasa yang ada miliki sekarang!

Al-Quran Qordoba padat dengan 7 tema utama iaitu 

Ibadah . Muamalah . Sirah Nabawi . Kisah Nabi dan Rasul . 
Terapi Qurani . Akidah . Asmaul Husna

Untuk info lanjut mengenai Al-Quran Cordoba dan HADIAH ISTIMEWA jika memilikinya klik di sini sekarang.

Juga sesuai dijadikan hanatran perkahwinan dan hadiah buat diri sendiri setelah khatam al-Quran.

Thursday 4 September 2014

1 Hari 1 Resepi

Assalamualaikum,



Saya rasa buku 1 Hari 1 Resepi yang ditulis Chef Hanieliza adalah yang terbaik dalam koleksi buku masakan saya. 1 Hari 1 Resepi adalah buku masakan yang banyak mengetengahkan masakan Melayu. Bukan itu sahaja, bagi yang dah bosan dengan masakan Melayu boleh bertukar selera dengan masakan Western dan Thailand.

Walaupun banyak resepi masakan yang boleh kita dapati dari hasil carian di internet saya takkan melepaskan untuk memiliki satu buku ini kerana internet bukan selalu ada, ye tak? Walaupun ilmu hanya di hujung jari, memiliki koleksi buku masih lagi praktikal.

Chef Hanieliza pun ada kongsikan resepi-resepinya di blog beliau, hanieliza.blogspot.com tetapi buku beliau masih LAKU KERAS di kedai-kedai buku.

Idea Memasak

Saya sukakan buku masakan Chef Hanieliza kerana resepinya yang mudah dan ringkas. Bila saya tiada idea nak masak, saya akan belek buku ini.

Saya sarankan semua yang suka memasak dapatkan buku ini di pasaran. Dah entah berapa kali buku 1 Hari 1 Resepi dicetak. Tahniah Chef Hanieliza.

Bila tak ada idea nak memasak, buku 1 Hari 1 Resepi jadi penyelamat saya. Selain masakan Melayu dan Western, hidangan kuih muih dan pencuci mulut pun ada. Kira buku ni lengkaplah. Rugi jika tidak memilikinya.

Cepat sebelum buku kehabisan stok dan dihentikan penerbitan.


Wednesday 3 September 2014

Buku Kanser Payudara


Kanser payudara adalah pembunuh utama kaun wanita selain kanser servik. Statistik pada tahun 2002 dan 2003, sebanyak 31 peratus wanita diserang kanser payudara berbanding penyakit-penyakit lain.

Kanser payudara adalah kanser yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Mendengarkan perkataan 'kanser' itu sendiri cukup mengerikan dan merunsingkan hati apatah lagi jika diri sendiri yang mengalaminya. Nauzubillah.

Kanser payudara menyerang tanpa mengira bangsa, agama, umur, miskin, kaya, berjawatan tinggi atau sebagainya. 

Buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat 


Buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat ini ditulis oleh seorang permandiri pesakit kanser payudara, Dr. Hasanah Che Ismail. Beliau berkongsi pengalaman kisah hidup beliau berjuang melawan kanser. 

Monday 1 September 2014

Panduan Membuat dan Mengguna Produk Sri Organik


Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke-57,


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Saya sayang Malaysia.

Bagaimana anda menzahirkan rasa CINTA pada negara Malaysia Tercinta?

Sesungguhnya CINTA itu perlu dizahirkan, bukan disimpan di dalam hati.

Jika kita CINTAkan Allah pun, kita perlu zahirkannya dengan menunaikan tuntutannya dan meninggalkan laranganNya.

Bukan sekadar niat.

Jika sayangkan suami, fahamilah si suami. Jika sayangkan isteri, belailah. 
Jika sayangkan anak, ....

Ini dah faham, pakar motivasi keluargalah pula ye, hehe

Panduan Buat Baja Organik


Berbalik pada tajuk sebenar entri kali ini, saya sebenarnya nak kongsikan satu buku untuk peminat-peminat gardening.

Buku ini sesuai untuk mereka yang mempunyai hobi menanam pokok terutamanya

Sunday 10 August 2014

Buku Panduan Asas Menjahit Wanita dan Kanak-kanak

Bagi mereka yang tercari-cari buku jahitan yang terbaik. Di sini saya kongsikan buku jahitan pakaian yang agak sesuai untuk 'beginner' atau mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia jahitan.

Kandungan buku ini senang difahami dan InsyaAllah boleh diikuti dengan mudah. Jika ada buku masakan gerenti sedap, InsyaAllah buku Panduan Asas Menjahit Pakaian Wanita dan Kanak-kanak ini gerenti jadi. Sebelum mengikuti apa-apa panduan jahitan, asas menjahit mestilah kena ada dulu supaya anda faham 'term' jahitan yang digunakan.

Wednesday 6 August 2014

Kaki Buku Malaya

Salam and hello!

Saya ini suka beli buku. Suka sangat!

Baca?

Hoho..

Mungkin yang tu lambat la sikit nak baca dan nak habiskan sesebuah buku. ngeee~~

Tapi sekurang-kurang, ada juga buku yang dibeli dan dibaca kan?

Korang ado?

Ok, saya create blog ini untuk review buku-buku yang pernah saya beli dan saya dah baca. Mungkin ada manfaat pada anda yang sedang mencari buku-buku yang bermanfaat. Yelah, sekarang semua benda nak google je kan?

Buku-buku yang saya akan review dari semasa ke semasa berkaitan buku-buku yang manarik perhatian saya jelah. Saya lebih suka baca buku berkisarkan keagaamaan, motivasi, perniagaan, jahitan, fotografi, gardening, novel. Oh.. banyak pulak yang menarik perhatian.

Apa buku pertama yang nak direview ni?

Adakah anda kaki buku macam saya juga?

stay tuned!




 

Teman Book Store Published @ 2014 by Ipietoon