Samada anda
temuduga SPA dan kerja kerjaan ataupun swasta, asas temuduga sebenarnya sama
sahaja. Soalan cepucemas yang mungkin kita tak terfikir dan duga,
pandai-pandailah goreng. :)
1. Persediaan awal
Sebelum kita mohon sesuatu kerja tentulah kita minta mengikut bidang yang
kita belajar masa universiti dulu-dulukan. Ada ke yang belajar engineering
mohon kerja doktor? Memang sah-sah tak dapatlah.
Secara asasnya, kita sepatutnya tahu skop bidang tugas jawatan yang kita
mohon. Sebelum temuduga, kita perlu membuat persediaan awal mengenai skop
bidang tugas jawatan yang dipohon kerana ianya mungkin akan ditanya oleh panel
temuduga. Jika anda memohon jawatan kastam, kenalah tahu mengenai kastam.
Kebiasaanya, semasa sesi temuduga soalan-soalan umum berkaitan kenegaraan,
Dasar Pendidikan Negara, nama-nama menteri dan lain-lain akan ditanya.
Perkembangan isu semasa juga mungkin akan ditanya. Contoh isu semasa terbaru
adalah GST.
Walau apa pun jawatan yang ada pohon samada pegawai, penolong pegawai hatta
jawatan pembantu sekalipun buatlah persediaan awal. Tak adalah nanti asyik
geleng kepada dan jawab tak tahu sahaja. Confirm tak dapat.
Kenalpasti jawatan yang dipohon dan sesuaikan dengan pakaian. Pakaian
mestilah kemas dan sopan. Untuk kerja kerajaan pakailah seluar slack, berkemaja
dan bertali leher bagi lelaki. Invest sedikit duit di Zalora untuk membeli kot.
Barulah nampak segak dan eksekutif sikit. Hehe
Begiu juga dengan wanita, pakai pakaian yang sopan. Bagi wanita bertudung,
kemaskan tudung sebaiknya. Elakkan memakai kerongsang yang terlalu blig-blig
dan banyak. Be simple tetapi sedap mata memandang. Bagi yang memakai skirt
pastikan skirt labuh di bawah lutut dan rapikan rambut.
Elakkan buat rambut cacak-cacak, rambut berwarna biru, oren, merah.
Terkejut panel temuduga nanti. Pakai kasut seeloknya yang berwarna hitam.
Kilatkan kasut dengan kiwi. Jangan lupa untuk memakai minyak wangi tapi jangan
terlalu kuat hingga menusuk hidung.
3. Makan sedikit sebelum temuduga
Kebiasaannya temuduga dijalankan waktu pagi. Bangun awal dan
bersarapan. Isi perut sedikit dengan
makanan untuk memberikan tenaga. Tak adalah perut berkerongcong semasa sesi
temuduga.
Anda perlu ingat bukan anda seorang yang pergi temuduga, ramai lagi calon-calon lain yang menjadi pesaing anda merebut jawatan tersebut. Anda juga tidak tahu bilakah giliran anda jadi isi perut dulu sebelum datang temuduga.
Perut lapar akan mengganggu konsentrasi anda semasa temuduga dan
kelihatan tidak bermaya.
Bangun awal, solat Subuh
dan pergi ke tempat temuduga awal. Pastikan anda sudah kenalpasti tempat
temuduga anda. Jika tidak biasa, datang sehari sebelum mencari lokasi temuduga
anda supaya anda tidak tersesat dan sampai lewat pada hari temuduga. Ingat,
semua ini akan dinilai.
Datang awal akan memberi
ruang anda untuk relaks dan bertenang. Bau pun tak masam akibat peluh dan rasa
berdebar-debar.
5. Komunikasi Berkesan
Dengar soalan temuduga
dengan baik-baik. Jika tak dengar atau kurang faham bertanya kembali dengan
sopan.
Jawab soalan-soalan
cepucemas dengan sebaik-baikmya. Jawab dengan jelas dan padat dan jangan
terlalu laju.
6. Doa, Niat dan Restu
Sebelum temuduga,
sebaiknya solat hajat supaya Allah mempermudahkan urusan temuduga. Minta pada
Allah yang kita sungguh-sungguh nakkan kerja ini. Pasangkan niat yang
elok-elok.
Minta restu dari kedua
ibubapa. Minta mereka doakan untuk memudahkan sesi temuduga dengan tenang. Doa
ibubapa biasanya makbul terutamanya doa seorang ibu.
Jika ada suami, minta restu dari suami. Minta izin dia untuk anda jadi wanita bekerjaya.
7. Tunjukkan minat
Tunjukkan minat kita
pada panel temuduga yang sememangnya anda layak memegang jawatan dipohon dan
mereka akan kerugian jika tidak mengambil anda bekerja.
8. Tawakal
Selesai temuduga,
bertawakallah kepada Allah. Kita sudah berusaha sebaiknya, serahkan
segala-galanya pada Allah. Sentiasa berdoa dan bertawakal pada Allah.
9. Senyum-senyum selalu
Kalau boleh, tunjukkan
muka yang manis dan muka tersenyum. Mungkin senyuman anda dapat memikat hati
panel-panel temuduga. Mana tau kan?
10. Baca tips-tips temuduga
Banyak lagi tips-tips
temuduga yang perlu anda ketahui. Saya hanya kongsikan sebahagian sahaja.
Carilah bahan-bahan bacaan mengenai tips-tips temuduga seperti Rahsia Lulus
Temuduga Kerja Kerajaan dan SPA ini. Ebook ini sangat baik untuk dimiliki oleh
setiap pencari kerja yang ingin lulus temuduga dengan jayanya. Ebook ini telah
banyak membantu banyak calon lulus cemerlang dan menjawat kerja kerajaan dengan
mengamalkan tips-tips rahsia lulus temuduga kerja kerajan.
Dapatkan segera Ebook
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan SPA
Sumber imej: melissallarena.com, dreamexperts.pk, /encrypted-tbn3.gstatic.com, www.tarleton.edu

0 comments:
Post a Comment